RAKAN2

Tuesday, October 11, 2011

Dengan KuasaMu - Nur One

Album: Kau Terhebat 
Penyanyi: Nur One
 
Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta
 
 

Wednesday, September 28, 2011

TauBaT

Ya Allah..Ya Rahman Ya Rahim.
sesungguh  dasar hatiku,
ingin sekali aku rasai betapa manisnya cinta-Mu.
manisnya beribadah kepada-Mu,

walau berkali-kali aku merintih, merayu kepada-Mu,
aku tetap tewas dengan nafsu.

Ya Allah,
tidak terhitung nikmat yang kau berikan,
sejauh mata memandang, seluas langit terbentang,
masih..aku kufur dengan nikmat-Mu..
sedarkanlah aku Ya Allah.

Ya Allah,
aku kenal diriku lebih daripada orang lain,
tetapi Engkau mengenaliku lebih daripada segala-galanya,
aku mohon Ya Allah..
pelihara hatiku dan imanku dari berterusan melakukan kemaksiatan.

Ya Allah, ya tuhanku,
kurniakanlah kepadaku kebaikan didunia dan akhirat,
dan jauhkanlah aku daripada azab seksa api neraka.

Ya Allah,
seandainya takdir hari esok bukan milikku,
matikanlah aku..
dalam islam.
dalam keadaan tenang,
dalam keadaan beriman,
husnul khotimah, Ya Allah..
dalam keadaan bersedia..amin


Thursday, June 23, 2011

Beza Suka Dan Cinta ( Cinta tak boleh di paksa )



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan

berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita

suka, hati kita akan gembira.



2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim

sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita

suka, musim itu cuma berangin sahaja.



3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang

kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat

ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan

tersenyum.



4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi

malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan

tunjukkan imej yang sebenar.



5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk

berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita

akan bebas berkata apa saja.





6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita

cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang

yang kita suka.



7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn

turut jua menangis. Bila orang yang kita suka

menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.



8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka

bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti

menyukai seseorang yang kita suka umpama kita

membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata

cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang

hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Saturday, April 23, 2011

USAH BICARA SOAL BERSATU ANDAI BERSAMA DI TIKAR SEJADAH PUN KITA X MAMPU…


Assalamualaikum… haaaa, tajuk di atas macam penah dngar jek…tp di mana ye.
En3 kali ni saya nak berkongsi tentang solat subuh yang mana kebanyakan manusia zaman sekarang tidak lagi mementingkan solat subuh ini..
Selalu kita lihat apabila hari minggu, ramai yang bangun waktu puncak.. tetapi jika hari bekerja, boleh pulak bangun awal..
Seakan-akan KERJA lebih penting dari SEMBAHYANG.
Tapi ingat sembahyang kita menjadi kayu ukur iman kita.
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
Di akhirat kelak, sembahyang adalah perkara pertama yang akan dihisab. Jika sembahyang kita diterima, maka segala amalan yang lain juga diterima tetapi jika sebaliknya, maka amalan lain pun tidak akan diterima.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".
Di bawah ini saya sertakan sedikit panduan yang mana kita boleh ukur sendiri tahap dosa dalam diri kita.
Bila bangun diwaktu SUBUH rasa terhibur, tanda dosanya telah dibersihkan...

Bila masuk waktu SUBUH terasa berat tetapi tetap boleh bangun, tanda dosanya telah diringankan...

Bila tidak sanggup bangun SUBUH, tanda dosanya telah menjadi beban.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri saya dan rakan sekalian.

Monday, April 11, 2011

Mudah Diucapkan, Sulit Diamalkan

assalamualaikum...

Seorang ulama yang bernama Sufyan Ats Tsauri pernah berkata, “Sesuatu yang paling sulit bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia berubah-ubah.”

Niat adalah pengikat amal. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi teramat sangat penting dan akan membuat hidup ini menjadi lebih mudah, indah dan jauh lebih bermakna.

Amal kebaikan yang tidak terdapat keikhlasan di dalamnya hanya akan menghasilkan kesia-siaan. Bahkan bukan hanya itu, ingatkah kita akan sebuah hadits Rasulullah yang menyatakan bahwa tiga orang yang akan masuk neraka terlebih dahulu adalah orang-orang yang beramal kebaikan namun bukan karena Allah?

Ya, sebuah amal yang tidak dilakukan ikhlas karena Allah bukan hanya tidak dibalas apa-apa, bahkan Allah akan mengazab orang tersebut, karena sesungguhnya amalan yang dilakukan bukan karena Allah termasuk perbuatan syirik yang tak terampun dosanya kecuali jika ia bertaubat darinya, Allah berfirman yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (QS. An Nisa : 48)


Ciri-ciri orang yang ikhlas itu:

1.   senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya’ memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan orang. Semakin ghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”


surat At-Taubah ayat 44-45, “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepada-Mu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepada-Mu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”


2.   Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka.


Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahawa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang berterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)

Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah redha Allah, bukan redha manusia. Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam kondisi sendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Karena mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun.

Dalam dakwah, akan terlihat bahawa seorang da’i yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama da’i, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya. Para da’i yang ikhlas akan menyedari kelemahan dan kekurangannya. Oleh karena itu mereka sentiasa membangun amal jama’i dalam dakwahnya. Senantiasa menghidupkan syuro. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri.

IKHLAS, RAHSIA PARA KEKASIH ALLAH

Seorang sahabat dengan mimik serius mengajukan sebuah pertanyaan,“Ya kekasih Allah, bantulah aku mengetahui perihal kebodohanku ini. Kiranya engkau dapat menjelaskan kepadaku, apa yang dimaksud ikhlas itu?“
Nabi SAW, kekasih Allah yang paling mulia bersabda,“Berkaitan dengan ikhlas, aku bertanya kepada Jibril a.s.apakah ikhlas itu?Lalu Jibril berkata,“Aku bertanya kepada Tuhan yang Maha Suci tentang ikhlas, apakah ikhlas itu sebenarnya?“ Allah SWT yang Maha luas Pengetahuannya menjawab,“Ikhlas adalah suatu rahsia dari rahsia-Ku yang Aku tempatkan di hati hamba-hamba-Ku yang Ku cintai.“(H.R Al-Qazwini)

Dari hadits diatas nampaklah bahawa rahsia ikhlas itu diketahui oleh hamba-hamba Allah yang dicintai-Nya. Untuk mengetahui rahsia ikhlas kita tidak lain harus menggali hikmah dari kaum arif, shalafus shaalih dan para ulama kekasih Allah.

Antara lain Imam Qusyaery dalam kitabnya Risalatul Qusyairiyaah menyebutkan bahwa ikhlas bermaksud menjadikan Allah sebagai satu-satunya sembahan. Keikhlasan bererti menyucikan amal-amal perbuatan dari campur tangan sesama makhluk. Dikatakan juga keikhlasan bererti melindungi diri sendiri dari urusan individu manusia.


Menjaga Amalan Agar Tetap Ikhlas

Seorang hamba akan terus berusaha untuk melawan iblis dan bala tenteranya hingga ia bertemu dengan Tuhannya kelak dalam keadaan iman dan mengikhlaskan seluruh amal perbuatannya. Oleh kerana itu, sangat penting bagi kita untuk mengetahui apa saja hal-hal yang dapat membantu kita agar dapat mengikhlaskan seluruh amal perbuatan kita kepada Allah semata, dan di antara hal-hal tersebut adalah:

1.    Banyak Berdoa

2.    Menyembunyikan Amal Kebaikan



3.    Takut Akan Tidak Diterimanya Amal


4.    Menyedari Bahawa Manusia Bukanlah Pemilik Syurga dan Neraka

Tuesday, March 29, 2011

adakah kita sedar yang kita dekat dengan neraka?

Assalamualaikum warahmatullah kawan2semua harap sihat dalam nikmat Iman dan Islam ,dengan nikmat itu dapat lagi kita sama2 membaca.
Di sini saya ingin meminta maaf siap-siap sebab tulisannya bnyk shortfom,dan ayat sedikit kampung ,dan saya berharap kalian faham apa yang saya ingin sampaikan ini.kalau ada loghat2 tuh harap maaf..

Bismillahirrahmanirrahim..

adakah kita sedar yang kita makin dekat dengan neraka?

Alhamdulillah degan berkat keizinanNya dapat lagi saya menulisdan menyampaikan sedikit perkongsian ilmu.
 
-bermula dekatnya orang itu dengan bahang api neraka kerana ia ingkar perintah Allah dan Rasul..

sudah selalu diucapkan pada tahiyat awal dan akhir dgan mengangkat jari telunjuk ketika pada saatnya ketika mengucapkan kalimat syahadat.Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad pesuruh Allah

engkar itu boleh terbahagi kepada 2 yakni engkar perintah Allah dan ajaran Rasulullah saw.

1-engkar pertama itu adalah engkar pada perintah Allah dan segala apa yang telah ditetapkan olehNya .contohnya kita melakukan maksiat seperti minum arak atau seumpamanya "naudzubillah".itu adalah menginkari perintah Allah kerana Allah telah menetapkan dari zaman Nabi saw. akan turunya ayat tentang haramnya arak.Dan ada hadis mengatakan makruh menisbahkan anggur dengan perkataan arak.
contoh:weh aku minum arak nih,,sedap owww(padahal yang dia minum itu adalah anggur)harap paham..besalah bahasa melayu spm fail.^_^.

Dan sudah kita ketahui juga Allah memurkai bagi mereka yang melanggar perintahNya.Sesungguhnya sahabat2,larangan Allah itu bnyak,Tidaklah Allah melarang sesuatu itu kerana itu tebaik untuk umatnya tidak kira dia islam mahupun kafir.

Dan berhati-hatilah bagi mereka yang sudah melanggar atau membuat perkara yang di larang olehNya.bertaubatlah selagi  masih belum terlambat kerana pintu taubat sentiasa terbuka kecuali ketika hadirnya tanda Besar kiamat.Ulama2 bercanngah pendapat tentang yang mana satu kemunculan pertama tanda Besar kiamat..Satu cerita seorang laki2 yang sudah menukar jantinanya,ingin bertaubat.lalu dia berkata pada ustaz ..adakah Allah akan menerima taubatku?jawab Ustaz itu Pasti menerima kecualiNya(syarat2 taubat).lalu apakah saya kena berpakaian wanita atau laki2?jawab ustaz:apa asal jantina kamu?ikutilah asal kamu .Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki.(Riwayat Abu Nu’aim)

bahayanya sekarang sudah banyak orang2 seperti ini.kadang-kadang kita nak dekat dengan dia pun tak berani.sebab takut dia pegang kita tak lepas plk.diowng nih tukar ja jantina.kekuatan tetap macam laki2 sejati.^_^..kita dah la kecik.silap pi tegur dia tampar lekat bodyglove dipipi.sekadar mukaddimah.kita masuk pada tajuk asasnya.

engkar pada Allah juga bnyk pembahagiannya.salah satunya ingkar pada ayat Allah.contohnya saya buatkan satu dialog:

Haji:Aku x nak kawan dgan dia.
abu:dgan sapa pak haji?
Haji:dengan leman tuh lah,,hang tak tau ka kisah dia?
Abu:cuba pak haji citer dlu,kalao pak haji x cter manakan saya akan tahu.^_^.kalao pak haji cerita baru saya tahu.
Haji:ish!!! hang pekena aku noh.x pa2 aku cter kat hang.leman nih dia tolak ayat Allah (quran)..
Abu:macam mana tuh?
Haji:dia tolak hukum hudud,katanya hudud nih x sesuai dengan zaman sekarang.haprak!! btul leman nih.tu lah aku duk ajak pi masjid dgar orang tadah kitab fekah x nak.
Abu:ISH3.terukkan dia ..tak sangka dia leh kata cam tu//dia x pikir dlu la tuh sebelum kata..NOHAI!!!
Haji;aku x mau kawan(nada marah).Akidah dia dah terpesong .
Abu:ok lah.kalo tu yang pak haji tegaskan..tapi saya nak minx satu hajat kat haji boleh x?
Haji:hajat apa pulak hang nih?
Abu:Saya nak pinang anak haji untuk yang ke2 nya(jadi isteri no2) isteri pertama saya setuju sangat2 sbb anak haji Comel.bkn anak haji yang 2 bulan tuh.tapi yang lpeasan Universiti tu .
Haji:hang nampak x aku tengah asah apa nih?
Abu:nananananaampakkkk haji (nada gemuruh)
Haji:pantang tok nenek aku dr keturunan yang atas moyang aku berpoligami ada dalam keluarga aku..Aku x setuju!!dengan pinangan hang.baik hang balik sebelum mata parang ini hinggap dekat leher hang.
Abu:x palah(dgan riak wajah takut dan kecewa)


ingin di ceritakan pada dialog diatas ini..Rasanya kalian sudah mengetahui apa yang ingin saya sampaikan pada dialog diatas.Haji dan Leman itu 2x5 ja.sama2 menolak ayat Allah.tapi yang si haji nih x sedar yang dia sudah menolak ayat Allah tetang sunnahnya berpoligami.saya bawakan satu ayat Al-Quran tetang poligami itu tidak di larang oleh Allah.“Maka kawinilah wanita-wanita (lain yang kamu senangi, dua tiga, atau empat.  Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berbuat adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. al-Nisaa’ : 3)jelas sekali Haji itu sudah menolak hukum Allah dengan tidak bersetuju akan poligami,dan haji mentawkidkan lagi bahawa PANTANG!! keturunan aku berpoligami.^_^..dan saya bawakan ayat al_quran tetang hudu bagi penzina saya bawakannya>> Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).leman itu sama dengan haji tapi si Haji hanya tampak yang akidah orang yang terpeso sedangkan akidah dia turut terpesong.maka mereka ber2 perlu akan taubat nasuha..sudah jelaskan?^_^

dan ingatlah pada hadis baginda Dari Abu Hurairah ra.bahawasanya Rasulullah saw. bersabda :"Bersegeralah kamu sekalian mengerjakan amal-amal shalih ,kerana akan terjadi suatu bencana yang menyerupai gelap gulita malam dimana ada  seseorang di waktu paginya beriman tetapi petangnya ia kafir;dia rela mengubah agamanya kerana dgan sedikit keuntungan dunia".(HR musilm)...dan di datangkan lagi hadis Dari Abu Dzar .Aku bertanya nabi saw.:wasiatkanlah kepada ku.lalu nabi bersabda:Berdiamlah pada kebanyakan waktu(berdiam lebih baik dari bercakap perkara yang melalaikan) perkara ini dapat menjauhkan syaitan dan penolong dalam hal agama.wasaitkan lagi pada ku,kata Abu Dzar.sabda baginda:"hindarkan dari ketawa kerana ianya dapat mengelapkan hati serta menghilangkan cahaya dari wajahnya (HR Bukhari)..hadis pertama itu mnyatakan bahawasanya pada akhir zaman ini terlalu bnyk yang pada malanya itu beriman (solat dan zikir) dan pada paginya kafir(tidak sedar bahawa kata2nya itu telah melanggar ayat Allah)seperti dialog di atas.dan pada hadis yang ke2 itu mnyatakan bahawa lebih baik berdian dari berkata2 perkara yang tidak berfaedah contohnya gosip,fitnah,tetang bola,snooker,awek,.kecuali cerita yang berkaitan agama.

Dan saya datangkan satu hadis lagi.ini mungkin hadis terakhir bagi bab mengingkari  Allah.dari Abu Hurairah ra. Dari Nabi Saw.:"barangsiapa yang telah di selamatkan oleh Allah  dari kejahatan anggota2 yang diantara 2 tulang rahang serta  2 celaha paha(lidah dan kemaluan).hadis ini menegaskan bahawa punca yang paling bebahaya adalah lidah kerana kata Imam ghazali dari 6 perkara yang ditnya kpd muridnya saya mencungkil satu soalan dari itu yakni apakah yang paling tajam di dunia ini?jawab anak murid,pisau mata pedang dan sebagainya.Jawab imam ghazali benar tapi yang paling tajam adalah (lidah)..dengan lidah fitnah berleluasa,gosip dan sebagainya.saya ingin membawa kisah tetang lidah"satu ketika seorang suami isteri yang baru bernikah berniat  mencari hamba di kota mekah,lalu sampai di tempat penjualan hamba.lalu ditanya oleh
si isteri:,berapa kah harganya si lelaki yang berbadan sasa ini.
penjual:Owhh ini orangnya murah.kerana dia ini suka memfitnah.
isteri:abang,kita ambik ja laki ni.dia murah skit.kita bukan na guna lidah dia pun.kita nak guna tenaganya untuk berbuat kerja

lalu di bawa pulang hamba tersebut.di ketika di rumah hamba itu berbual dengan si isteri ketika si suami keluar bekerja.

Hamba:kau tau tak.suami kau main kayu tiga (play wood three)
isteri:biar betul??
hamba:ya benar.aku pernah nampak.tapi aku ada tips untuk bagi laki kau x main kayu tiga.
isteri:apa tips tuh.ngomong cepat kat den.(indon+kelate) (pahamkan)
hamba:Ok cam nih tips nya.pada malam ketika suami mu tidur.engkau cukur sedikit janggut di leher suami mu.
isteri:ok.saya buat malam ni..

lalu si suami pun balik di kala isterinya keluar ke tempat lain dan berbual plk si hamba dengan si suami:

hamba:tuan tau tak yang isteri tuan itu ada scandal(ehh zaman dlu pun ada scandal wooo (^_^)...bkn sekarang ja ada).
suami:biar betul engkau.!!!
hamba:ya betul tuan.nnt malam dia akan kelar leher tuan untuk nak tutup aib scandal dia.

sampai di malam hari si suami pura2 tidur,lalu si isteri datang membawa pisau cukur untuk mencukur sedikit janggut suaminya di leher.ketika hampir mata pisau ke leher si suami.si suami lantas mencengkam tangan isteri tadi.yang mana si suami memahami bahawa si isteri itu cuba nak membunuh dia,tapi si isteri itu berniat lain.lalu si suami tanpa bertanya terus mengelar (sembelih) leher isterinya..masya-Allah.kerna mulut badan binasa ..betul pepatah melayu mengatakan.kerana mulut pun bleh berlaku pembunuhan.macam yang anda semua ketahui di berita sekarang ini  berbagai fitnah berlaku,pembunuhan dan sebagainya itu berpunca pada lidah yang satu...ish2.tuh baru satu lidah.kalo orang yang bnyk lidah tu macam mana lah ya?^_^..(macam ada ja orang banyak lidah).@@;

2-ingkar ke2 yakni menginkari Rasulullah saw..Rasulullah saw. itu sebaik2 manusia.kerana apa saya berkata demikian.kerana ingin memeluk islam juga wajib  menyebut nama beliau begitu juga azan..tidak dikira Islam jikalau mengucap 2 kalimah syahadah seperti ini(aku bersaksi tiada TUhan selain Allah dan nabi Musa pesuruh Allah.).tetap wajib menyebut Nama beliau ketika azan mengucap dan sekias dengannya.walaupun Nabi Musa Itu Nabi ALlah.segala yang di sampaikan oleh baginda itu ada sunnah dan ada wajibnya.bagi yang wajib itu pasti kita lakukan tanpa menyoal kerana apa yang Nabi saw. itu suruh bersamaan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah misalnya solat puasa dan seumpamanya.Dan apa yang kita ketahui bahawa sunnah itu sebagaimana yang kita faham,sesiapa yang melakukan mendapat ganjaran pahala dan yang meninggalkannya tidak berdosa.tapi ingatlah bagi sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah saw. nescaya rugilah dia di hari Akhirat.saya beri satu contoh sunnah yakni bersiwak (bersugi) Dari Abu Hurairah, sabda baginda:"kalaulah aku tidak memberati orang2 beriman dan umatku,aku akan memerintahkan mereka bersugi"(dalam kitab mustika hadis fasol 2 hadis ke13).maksud hadis ini dari segi cara pnyampaian Baginda ingin menekankan bahawa bersugi itu sangat di tuntut.kalau tidak membebankan umatnya pasti sudah datang perintah wajib bagi kita untuk melakukannya.ini salah satu dari sunnah yang di tuntut,dan banyak lagi sunnah yang di lakukan oleh baginda supaya kita mencontohi beliau dalam melakukannya,contohnya solat sunat syuruk pahalanya seperti melakukan umrah,solat jenazah seperti pahalanya sebesar bukit uhud dan bnyak lagi.

sesiapa yang mengingkari baginda saw maka dia secara mutlak mengingkari Allah.dan bagi sesiapa  yang mengingkari Nabi maka tergolong dalam orang yang menzalimi diri mereka lantas mebawa sebelah kaki mereka dekat dgan panasnya Api yang menyala tanpa padam itu .contoh ingkar kepada baginda Dalam satu Hadis nabi:“Dari Qais bin al-Harats, ia berkata, “Saat masuk Islam,  saya memiliki 8 orang isteri.  Kemudian saya menemui Rasulullah saw, dan saya ceritakan kepada beliau masalah ini.  Selanjutnya beliau saw bersabda,”Pilihlah empat orang diantara mereka.” [HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]".ini saya bawakan hadis tetang poligami.barang siapa yang menolak hadis seperti dia menolak Al-Quran kerana NAbi saw. itu adalah acuan Al-quran (segala ilmu nabi dar Wahyu Allah (al Quran).menolak pologami itu secara jelasnya mengingkari Nabi saw..contoh lainnya:buat apa simpan janggut dah macam bigshow ja "hodoh"!!.ianya seperti menghina Nabi saw. kerna simpan janggut itu sunnah baginda dan mencukur misai itu di suruh oleh Baginda"naudzubillah"harap2 kita semua ini menjaga lidah sebaik mungkin agar kita ini jauh dari neraka Allah.

dari 2 keingkaran (ingkar ALlah dan Rasul) ini jelaslah bahawa ada diantara kita tidak sedar mereka itu sudah dekat dengan neraka di sebabkan lidah-lidah mereka.kerana lidah ramai yang ke neraka.ketika israk dan mikraj nabi melihat ramai wanita di dalam neraka,ianya di sebabkan tidak taat akan suami dan lidah2 mereka.dan banyak Hadis tentang penjagaan lidah dan disarankan lebih bnyk berdiam.nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya berkata benarlah engkau..ketika itu sahabatnya hendak di utuskan untuk menyebarkan agama Allah ke negara lain(berkata benar itu maksudnya jaga lidah kamu dari berkata tidak baik)..bukanlah saya di sini mengatakan hanya sebab lidah itu masuk neraka,.tapi pokok perbincangan ini semua berkenaan dgan hati bersih atau tidak.jika bersih hati itu maka segala percakapannya juga manis2.dan jika kotor hati itu maka segala percakapannya banyak yang tidak baik..Apa-apa pun sahabat.bersihkan Hati kita supaya seegala yang di bualkan itu bertepatan dgan agama dan tidak tersimpang daripadanya.segala apa yang di perintah oleh Allah dan Rasul itu perlu di turuti tanpa soal kenapa kami harus lakukannya,Wajib tetap wajib,haram tetap haram.jagan jadi seperti Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram.”(Riwayat An Nasa’i) .Bila kita soalkan kisah adakah kita sedar yang kita dekat dengan neraka pasti kalian ingin tahu bagaimana keadaan neraka itu,sapa ahlinya,apa makanannya,apa bajunya..nnt saya akan bincangkan dalam satu bab "KEHIDUPAN DI NERAKA".insya-Allah saya akan ringkaskan dgan padat isinya nnt.mohon doa dari kalian agar saya tersu menulis insya-Allah.Dan Ingatlah pada Ayat2 Allah itu bnyk menyuruh kita hindarkan jasad dari neraka,Moga sama2 kita berdoa agar kita di hindarkan dari azab neraka mahupun azab kubur.tiada yang lebih pedih dari seksa neraka.dan perhatikanlah segala gerka geri kita seharian agar segala gerak geri itu tidak mndekatkan kita dari api yang hitam dari kegelapan malam itu.Wallahualam.sekadar itu sahaja apa yang saya boleh type pada jam 2.34am pada 27.3.2011 moga segalanya bermanfaat bagi kita insya-Allah.ada kekurangan dari segi silap ejaan harap maaf..moga jangan lah dengan sebab ejaan kalian x nak baca lagi..huhu..besa lah.waktu begini mmg mata bersilau skit.^_^.yang lemah itu dari saya.sekian Assalamualaikumwarahmatulalh wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh.

Tuesday, March 8, 2011

cerita dunia

assalamua'laikum..
lama da x post n3..hari ni ak nak kongsi 1 cerita,sama2 lah kita memahaminya.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .. 
jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! 
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. 
Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... 
Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... 
cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya ...Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... 
terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... 
Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. 
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... 
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. 
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah... 

1 minit untuk mengingati Allah Step 1:Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

*SUBHANA'LLAH 
*ALHAMDULI'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH 
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD 
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

*Received a forwarded email from long lost friend.. juz wanna share with everybody