RAKAN2

Saturday, April 23, 2011

USAH BICARA SOAL BERSATU ANDAI BERSAMA DI TIKAR SEJADAH PUN KITA X MAMPU…


Assalamualaikum… haaaa, tajuk di atas macam penah dngar jek…tp di mana ye.
En3 kali ni saya nak berkongsi tentang solat subuh yang mana kebanyakan manusia zaman sekarang tidak lagi mementingkan solat subuh ini..
Selalu kita lihat apabila hari minggu, ramai yang bangun waktu puncak.. tetapi jika hari bekerja, boleh pulak bangun awal..
Seakan-akan KERJA lebih penting dari SEMBAHYANG.
Tapi ingat sembahyang kita menjadi kayu ukur iman kita.
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
Di akhirat kelak, sembahyang adalah perkara pertama yang akan dihisab. Jika sembahyang kita diterima, maka segala amalan yang lain juga diterima tetapi jika sebaliknya, maka amalan lain pun tidak akan diterima.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".
Di bawah ini saya sertakan sedikit panduan yang mana kita boleh ukur sendiri tahap dosa dalam diri kita.
Bila bangun diwaktu SUBUH rasa terhibur, tanda dosanya telah dibersihkan...

Bila masuk waktu SUBUH terasa berat tetapi tetap boleh bangun, tanda dosanya telah diringankan...

Bila tidak sanggup bangun SUBUH, tanda dosanya telah menjadi beban.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri saya dan rakan sekalian.

2 comments:

  1. Tersentak dari lamunan.. kadang leka jugak dek dunia.. salam taaruf bro..

    ReplyDelete