Assalamualaikum warahmatullah kawan2semua harap sihat dalam nikmat Iman dan Islam ,dengan nikmat itu dapat lagi kita sama2 membaca.
Di sini saya ingin meminta maaf siap-siap sebab tulisannya bnyk shortfom,dan ayat sedikit kampung ,dan saya berharap kalian faham apa yang saya ingin sampaikan ini.kalau ada loghat2 tuh harap maaf..
Bismillahirrahmanirrahim..
adakah kita sedar yang kita makin dekat dengan neraka?
Alhamdulillah degan berkat keizinanNya dapat lagi saya menulisdan menyampaikan sedikit perkongsian ilmu.
-bermula dekatnya orang itu dengan bahang api neraka kerana ia ingkar perintah Allah dan Rasul..
sudah selalu diucapkan pada tahiyat awal dan akhir dgan mengangkat jari telunjuk ketika pada saatnya ketika mengucapkan kalimat syahadat.Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad pesuruh Allah
engkar itu boleh terbahagi kepada 2 yakni engkar perintah Allah dan ajaran Rasulullah saw.
1-engkar pertama itu adalah engkar pada perintah Allah dan segala apa yang telah ditetapkan olehNya .contohnya kita melakukan maksiat seperti minum arak atau seumpamanya "naudzubillah".itu adalah menginkari perintah Allah kerana Allah telah menetapkan dari zaman Nabi saw. akan turunya ayat tentang haramnya arak.Dan ada hadis mengatakan makruh menisbahkan anggur dengan perkataan arak.
contoh:weh aku minum arak nih,,sedap owww(padahal yang dia minum itu adalah anggur)harap paham..besalah bahasa melayu spm fail.^_^.
Dan sudah kita ketahui juga Allah memurkai bagi mereka yang melanggar perintahNya.Sesungguhnya sahabat2,larangan Allah itu bnyak,Tidaklah Allah melarang sesuatu itu kerana itu tebaik untuk umatnya tidak kira dia islam mahupun kafir.
Dan berhati-hatilah bagi mereka yang sudah melanggar atau membuat perkara yang di larang olehNya.bertaubatlah selagi masih belum terlambat kerana pintu taubat sentiasa terbuka kecuali ketika hadirnya tanda Besar kiamat.Ulama2 bercanngah pendapat tentang yang mana satu kemunculan pertama tanda Besar kiamat..Satu cerita seorang laki2 yang sudah menukar jantinanya,ingin bertaubat.lalu dia berkata pada ustaz ..adakah Allah akan menerima taubatku?jawab Ustaz itu Pasti menerima kecualiNya(syarat2 taubat).lalu apakah saya kena berpakaian wanita atau laki2?jawab ustaz:apa asal jantina kamu?ikutilah asal kamu .Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki.(Riwayat Abu Nu’aim)
bahayanya sekarang sudah banyak orang2 seperti ini.kadang-kadang kita nak dekat dengan dia pun tak berani.sebab takut dia pegang kita tak lepas plk.diowng nih tukar ja jantina.kekuatan tetap macam laki2 sejati.^_^..kita dah la kecik.silap pi tegur dia tampar lekat bodyglove dipipi.sekadar mukaddimah.kita masuk pada tajuk asasnya.
engkar pada Allah juga bnyk pembahagiannya.salah satunya ingkar pada ayat Allah.contohnya saya buatkan satu dialog:
Haji:Aku x nak kawan dgan dia.
abu:dgan sapa pak haji?
Haji:dengan leman tuh lah,,hang tak tau ka kisah dia?
Abu:cuba pak haji citer dlu,kalao pak haji x cter manakan saya akan tahu.^_^.kalao pak haji cerita baru saya tahu.
Haji:ish!!! hang pekena aku noh.x pa2 aku cter kat hang.leman nih dia tolak ayat Allah (quran)..
Abu:macam mana tuh?
Haji:dia tolak hukum hudud,katanya hudud nih x sesuai dengan zaman sekarang.haprak!! btul leman nih.tu lah aku duk ajak pi masjid dgar orang tadah kitab fekah x nak.
Abu:ISH3.terukkan dia ..tak sangka dia leh kata cam tu//dia x pikir dlu la tuh sebelum kata..NOHAI!!!
Haji;aku x mau kawan(nada marah).Akidah dia dah terpesong .
Abu:ok lah.kalo tu yang pak haji tegaskan..tapi saya nak minx satu hajat kat haji boleh x?
Haji:hajat apa pulak hang nih?
Abu:Saya nak pinang anak haji untuk yang ke2 nya(jadi isteri no2) isteri pertama saya setuju sangat2 sbb anak haji Comel.bkn anak haji yang 2 bulan tuh.tapi yang lpeasan Universiti tu .
Haji:hang nampak x aku tengah asah apa nih?
Abu:nananananaampakkkk haji (nada gemuruh)
Haji:pantang tok nenek aku dr keturunan yang atas moyang aku berpoligami ada dalam keluarga aku..Aku x setuju!!dengan pinangan hang.baik hang balik sebelum mata parang ini hinggap dekat leher hang.
Abu:x palah(dgan riak wajah takut dan kecewa)
ingin di ceritakan pada dialog diatas ini..Rasanya kalian sudah mengetahui apa yang ingin saya sampaikan pada dialog diatas.Haji dan Leman itu 2x5 ja.sama2 menolak ayat Allah.tapi yang si haji nih x sedar yang dia sudah menolak ayat Allah tetang sunnahnya berpoligami.saya bawakan satu ayat Al-Quran tetang poligami itu tidak di larang oleh Allah.“Maka kawinilah wanita-wanita (lain yang kamu senangi, dua tiga, atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berbuat adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. al-Nisaa’ : 3)jelas sekali Haji itu sudah menolak hukum Allah dengan tidak bersetuju akan poligami,dan haji mentawkidkan lagi bahawa PANTANG!! keturunan aku berpoligami.^_^..dan saya bawakan ayat al_quran tetang hudu bagi penzina saya bawakannya>> Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).leman itu sama dengan haji tapi si Haji hanya tampak yang akidah orang yang terpeso sedangkan akidah dia turut terpesong.maka mereka ber2 perlu akan taubat nasuha..sudah jelaskan?^_^
dan ingatlah pada hadis baginda Dari Abu Hurairah ra.bahawasanya Rasulullah saw. bersabda :"Bersegeralah kamu sekalian mengerjakan amal-amal shalih ,kerana akan terjadi suatu bencana yang menyerupai gelap gulita malam dimana ada seseorang di waktu paginya beriman tetapi petangnya ia kafir;dia rela mengubah agamanya kerana dgan sedikit keuntungan dunia".(HR musilm)...dan di datangkan lagi hadis Dari Abu Dzar .Aku bertanya nabi saw.:wasiatkanlah kepada ku.lalu nabi bersabda:Berdiamlah pada kebanyakan waktu(berdiam lebih baik dari bercakap perkara yang melalaikan) perkara ini dapat menjauhkan syaitan dan penolong dalam hal agama.wasaitkan lagi pada ku,kata Abu Dzar.sabda baginda:"hindarkan dari ketawa kerana ianya dapat mengelapkan hati serta menghilangkan cahaya dari wajahnya (HR Bukhari)..hadis pertama itu mnyatakan bahawasanya pada akhir zaman ini terlalu bnyk yang pada malanya itu beriman (solat dan zikir) dan pada paginya kafir(tidak sedar bahawa kata2nya itu telah melanggar ayat Allah)seperti dialog di atas.dan pada hadis yang ke2 itu mnyatakan bahawa lebih baik berdian dari berkata2 perkara yang tidak berfaedah contohnya gosip,fitnah,tetang bola,snooker,awek,.kecuali cerita yang berkaitan agama.
Dan saya datangkan satu hadis lagi.ini mungkin hadis terakhir bagi bab mengingkari Allah.dari Abu Hurairah ra. Dari Nabi Saw.:"barangsiapa yang telah di selamatkan oleh Allah dari kejahatan anggota2 yang diantara 2 tulang rahang serta 2 celaha paha(lidah dan kemaluan).hadis ini menegaskan bahawa punca yang paling bebahaya adalah lidah kerana kata Imam ghazali dari 6 perkara yang ditnya kpd muridnya saya mencungkil satu soalan dari itu yakni apakah yang paling tajam di dunia ini?jawab anak murid,pisau mata pedang dan sebagainya.Jawab imam ghazali benar tapi yang paling tajam adalah (lidah)..dengan lidah fitnah berleluasa,gosip dan sebagainya.saya ingin membawa kisah tetang lidah"satu ketika seorang suami isteri yang baru bernikah berniat mencari hamba di kota mekah,lalu sampai di tempat penjualan hamba.lalu ditanya oleh
si isteri:,berapa kah harganya si lelaki yang berbadan sasa ini.
penjual:Owhh ini orangnya murah.kerana dia ini suka memfitnah.
isteri:abang,kita ambik ja laki ni.dia murah skit.kita bukan na guna lidah dia pun.kita nak guna tenaganya untuk berbuat kerja
lalu di bawa pulang hamba tersebut.di ketika di rumah hamba itu berbual dengan si isteri ketika si suami keluar bekerja.
Hamba:kau tau tak.suami kau main kayu tiga (play wood three)
isteri:biar betul??
hamba:ya benar.aku pernah nampak.tapi aku ada tips untuk bagi laki kau x main kayu tiga.
isteri:apa tips tuh.ngomong cepat kat den.(indon+kelate) (pahamkan)
hamba:Ok cam nih tips nya.pada malam ketika suami mu tidur.engkau cukur sedikit janggut di leher suami mu.
isteri:ok.saya buat malam ni..
lalu si suami pun balik di kala isterinya keluar ke tempat lain dan berbual plk si hamba dengan si suami:
hamba:tuan tau tak yang isteri tuan itu ada scandal(ehh zaman dlu pun ada scandal wooo (^_^)...bkn sekarang ja ada).
suami:biar betul engkau.!!!
hamba:ya betul tuan.nnt malam dia akan kelar leher tuan untuk nak tutup aib scandal dia.
sampai di malam hari si suami pura2 tidur,lalu si isteri datang membawa pisau cukur untuk mencukur sedikit janggut suaminya di leher.ketika hampir mata pisau ke leher si suami.si suami lantas mencengkam tangan isteri tadi.yang mana si suami memahami bahawa si isteri itu cuba nak membunuh dia,tapi si isteri itu berniat lain.lalu si suami tanpa bertanya terus mengelar (sembelih) leher isterinya..masya-Allah.kerna mulut badan binasa ..betul pepatah melayu mengatakan.kerana mulut pun bleh berlaku pembunuhan.macam yang anda semua ketahui di berita sekarang ini berbagai fitnah berlaku,pembunuhan dan sebagainya itu berpunca pada lidah yang satu...ish2.tuh baru satu lidah.kalo orang yang bnyk lidah tu macam mana lah ya?^_^..(macam ada ja orang banyak lidah).@@;
2-ingkar ke2 yakni menginkari Rasulullah saw..Rasulullah saw. itu sebaik2 manusia.kerana apa saya berkata demikian.kerana ingin memeluk islam juga wajib menyebut nama beliau begitu juga azan..tidak dikira Islam jikalau mengucap 2 kalimah syahadah seperti ini(aku bersaksi tiada TUhan selain Allah dan nabi Musa pesuruh Allah.).tetap wajib menyebut Nama beliau ketika azan mengucap dan sekias dengannya.walaupun Nabi Musa Itu Nabi ALlah.segala yang di sampaikan oleh baginda itu ada sunnah dan ada wajibnya.bagi yang wajib itu pasti kita lakukan tanpa menyoal kerana apa yang Nabi saw. itu suruh bersamaan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah misalnya solat puasa dan seumpamanya.Dan apa yang kita ketahui bahawa sunnah itu sebagaimana yang kita faham,sesiapa yang melakukan mendapat ganjaran pahala dan yang meninggalkannya tidak berdosa.tapi ingatlah bagi sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah saw. nescaya rugilah dia di hari Akhirat.saya beri satu contoh sunnah yakni bersiwak (bersugi) Dari Abu Hurairah, sabda baginda:"kalaulah aku tidak memberati orang2 beriman dan umatku,aku akan memerintahkan mereka bersugi"(dalam kitab mustika hadis fasol 2 hadis ke13).maksud hadis ini dari segi cara pnyampaian Baginda ingin menekankan bahawa bersugi itu sangat di tuntut.kalau tidak membebankan umatnya pasti sudah datang perintah wajib bagi kita untuk melakukannya.ini salah satu dari sunnah yang di tuntut,dan banyak lagi sunnah yang di lakukan oleh baginda supaya kita mencontohi beliau dalam melakukannya,contohnya solat sunat syuruk pahalanya seperti melakukan umrah,solat jenazah seperti pahalanya sebesar bukit uhud dan bnyak lagi.
sesiapa yang mengingkari baginda saw maka dia secara mutlak mengingkari Allah.dan bagi sesiapa yang mengingkari Nabi maka tergolong dalam orang yang menzalimi diri mereka lantas mebawa sebelah kaki mereka dekat dgan panasnya Api yang menyala tanpa padam itu .contoh ingkar kepada baginda Dalam satu Hadis nabi:“Dari Qais bin al-Harats, ia berkata, “Saat masuk Islam, saya memiliki 8 orang isteri. Kemudian saya menemui Rasulullah saw, dan saya ceritakan kepada beliau masalah ini. Selanjutnya beliau saw bersabda,”Pilihlah empat orang diantara mereka.” [HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]".ini saya bawakan hadis tetang poligami.barang siapa yang menolak hadis seperti dia menolak Al-Quran kerana NAbi saw. itu adalah acuan Al-quran (segala ilmu nabi dar Wahyu Allah (al Quran).menolak pologami itu secara jelasnya mengingkari Nabi saw..contoh lainnya:buat apa simpan janggut dah macam bigshow ja "hodoh"!!.ianya seperti menghina Nabi saw. kerna simpan janggut itu sunnah baginda dan mencukur misai itu di suruh oleh Baginda"naudzubillah"harap2 kita semua ini menjaga lidah sebaik mungkin agar kita ini jauh dari neraka Allah.
dari 2 keingkaran (ingkar ALlah dan Rasul) ini jelaslah bahawa ada diantara kita tidak sedar mereka itu sudah dekat dengan neraka di sebabkan lidah-lidah mereka.kerana lidah ramai yang ke neraka.ketika israk dan mikraj nabi melihat ramai wanita di dalam neraka,ianya di sebabkan tidak taat akan suami dan lidah2 mereka.dan banyak Hadis tentang penjagaan lidah dan disarankan lebih bnyk berdiam.nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya berkata benarlah engkau..ketika itu sahabatnya hendak di utuskan untuk menyebarkan agama Allah ke negara lain(berkata benar itu maksudnya jaga lidah kamu dari berkata tidak baik)..bukanlah saya di sini mengatakan hanya sebab lidah itu masuk neraka,.tapi pokok perbincangan ini semua berkenaan dgan hati bersih atau tidak.jika bersih hati itu maka segala percakapannya juga manis2.dan jika kotor hati itu maka segala percakapannya banyak yang tidak baik..Apa-apa pun sahabat.bersihkan Hati kita supaya seegala yang di bualkan itu bertepatan dgan agama dan tidak tersimpang daripadanya.segala apa yang di perintah oleh Allah dan Rasul itu perlu di turuti tanpa soal kenapa kami harus lakukannya,Wajib tetap wajib,haram tetap haram.jagan jadi seperti Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram.”(Riwayat An Nasa’i) .Bila kita soalkan kisah adakah kita sedar yang kita dekat dengan neraka pasti kalian ingin tahu bagaimana keadaan neraka itu,sapa ahlinya,apa makanannya,apa bajunya..nnt saya akan bincangkan dalam satu bab "KEHIDUPAN DI NERAKA".insya-Allah saya akan ringkaskan dgan padat isinya nnt.mohon doa dari kalian agar saya tersu menulis insya-Allah.Dan Ingatlah pada Ayat2 Allah itu bnyk menyuruh kita hindarkan jasad dari neraka,Moga sama2 kita berdoa agar kita di hindarkan dari azab neraka mahupun azab kubur.tiada yang lebih pedih dari seksa neraka.dan perhatikanlah segala gerka geri kita seharian agar segala gerak geri itu tidak mndekatkan kita dari api yang hitam dari kegelapan malam itu.Wallahualam.sekadar itu sahaja apa yang saya boleh type pada jam 2.34am pada 27.3.2011 moga segalanya bermanfaat bagi kita insya-Allah.ada kekurangan dari segi silap ejaan harap maaf..moga jangan lah dengan sebab ejaan kalian x nak baca lagi..huhu..besa lah.waktu begini mmg mata bersilau skit.^_^.yang lemah itu dari saya.sekian Assalamualaikumwarahmatulalh wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh.
No comments:
Post a Comment